Tuesday, August 30, 2011

syawal

syawal menjelma lagi.walaupun ku x rase pe2 pon raya kali ni.i feel so heartless.aigooo~~ manyak susah nie..huhu..neway,malas nk tulis byk2.k lah.salamat menyambut aidil fitri dari saya dan anak2 . hikhik . ;)

Sunday, August 28, 2011

Love Muslim




Love freely like a petal blossoms into a red rose
Clouds cry with tears showering rain droplets
Smile to see those tear flow down to feed the ground
Ground bursts to life in fruity rainbow colours
Tender soft butter eyes glitter and soul enraptured
Heart presented into your hand express it's light into emotions
Petals on your lips to convey sweet words like chocolate
A sparkle in your eyes for the tears dropping down
Shrivel up closely in the moonlight of love
Sublime ecstasy of sparkled incandescence
Love according to the Sunnah of our Beloved
If the Angel of Death takes my soul remember

I dearly love you for the sake of Allah.

..:: Just Giving ::..


Every human wants so much.

Everything from money, cars to house and such.

How come a man didn’t once think?

Think about what else life can bring.

Think about sharing love and peace.

Think about forgiving and believe.

Think about Allah and the good deeds

Maybe now and then help the needed and support the grieved.

Maybe to give more than to take.

Maybe to fix more than to break.

Do it from love, for yourself, for your family, do it for Allah’s sake.

It is easier to speak than to do.

But if you only believe in Allah, He the All Mighty will help you through

.


tak tahu

Aku tak mahu jadi hamba cinta
aku tak rela diperbodohkan oleh cinta
namun aku mahu jatuh cinta
dan aku mahu terus dicinta

jadi, apakah erti cinta ini
jika kita si pencinta sendiri ragu pada cinta

wahai pencinta,
sesungguhnya hidup mu penuh dengan pembohongan
pembohongan pada perasaan cinta dan perasaan
pembohongan pada mereka yang menagih cinta
kerana kamu sendiri tak tahu apa itu cinta....

Friday, August 26, 2011

erti sehelai daun

Anis berteleku di bawah sebatang pohon yang merimbun. Angin petang yang begitu mendamaikan menyapa lembut wajahnya. Air mata yang menjadi tamu di pipi masih belum lagi kering.

Malahan ia semakin deras mengalir. Sederas air sungai terbentang di hadapan matanya. Rohnya bagai melayang-layang, membawa jiwanya entah ke mana. Lamunan Anis terhenti dengan sapaan lembut dari Zinnirah, teman baiknya semasa di puncak menara gading.

"Anis, kenapa kau bersendirian di sini?" Tanya Zinnirah dengan nada yang lembut.

Dia hanya mendiamkan diri.

"Anis...?"

"Anis, janganlah kau terlampau mengikut perasaan kau itu. Kita memang boleh sedih tapi biarlah bertempat. Kesedihan kau itu akan meragut ketenangan hidup kau. Memakan diri sendiri." Ujar Zinnirah memberi nasihat.

"Hmm... mengubati hati aku yang tengah lara ni." Anis membalas dengan suara perlahan. Dia melepaskan keluhan berat. Zinnirah kemudiannya mengambil tempat di sebelah temannya itu.

"Aku tahu tapi entahlah Ira. Aku sering terbuai-buai dengan rasa hati aku ni. Seksa jiwa dan batin aku. Aku rasa hidup aku ni tidak ada apa-apa makna lagi. Kosong!" Bentak Anis sedikit keras.

"Aku faham perasaan kau itu. Ingatlah pada Allah, Anis. Istighfar banyak-banyak. Jangan kau ikutkan bisikan Syaitan itu."

"Entahlah, Ira." Keluh Anis.

"Anis, siapa kata hidup kau tidak bermakna? Aku ingat lagi satu firman Allah."

'Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian.' [ 95:4 ]

Anis merenung wajah lembut Zinnirah itu lalu tersenyum kelat. Dia terusik dengan kata-kata tajam temannya itu.

Zinnirah mengerti pandangan temannya itu. "Macam ni Nis, apa tujuan Allah menjadikan kita? Hanya satu permainan atau kebetulan kau dilahirkan di dunia ni? Bukankan?"

Anis mengangguk lemah, mengiyakan kata-kata temannya itu.

"Allah mencipta manusia ini untuk memikul amanah-Nya. Kau ingat lagi tak apa yang kita belajar dalam subjek Agama Islam dulu? Manusia dijadikan untuk menjadi Khalifah Allah. Berat sungguh tanggungjawab yang diberikan hinggakan gunung-ganang, langit dan bumi enggan menerimanya. Jadi janganlah kau katakan hidup kau kosong dan tidak bermakna hanya kerana ujian melanda diri kau, Anis." Panjang Zinnirah menjelaskan.

"Aku bukanlah nak bersyarah pada kau tapi sebagai sahabat, aku patut mengingatkan kau dengan tujuan hidup kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini." Ujarnya lagi sambil mengambil beberapa helai daun di tepi kakinya.

"Cuba kau lihat daun ni. Ada yang warna hijau ada yang warna coklat. Kalau kau tengok dedaun kat pokok itu, lagi bermacam warna kau akan nampak."

"Hmm... kenapa dengan daun ni? Apa kena mengena dengan masalah aku, Ira?" Tanya Anis dengan seribu satu persoalan bermain di benaknya. Tidak mengerti dengan pernyataan Zinnirah itu.

"Anis, cuba kau guna akal fikiran yang dikurniakan Allah kepada kau. Kau gunakan mata hati untuk mencari jawapannya. Aku pasti kau akan bertemu dengannya."

"Kejap. Biar aku fikir." Ucap Anis.

"Aku rasa daun ni semata-mata daun saja. Fungsi daun ni untuk menghasilkan oksigen. Itu sajalah yang dapat aku fikirkan buat masa sekarang. Jawapan aku berdasarkan apa yang aku belajar dalam mata pelajaran Sains."

Zinnirah tersenyum mendengar jawapan Anis itu. "Anis, kita tak boleh pandang 'enteng' pada daun ni. Betul jawapan kau itu. Daun berfungsi untuk menghasilkan oksigen dan sebagainya. Apa yang kau nampak itu tersurat. Bagaimana pula dengan yang tersirat?"

"Anis, kalau kau tanya aku apa yang aku fikirkan bila aku tengok daun ni, senang saja jawapan aku."

"Apa dia?" Anis menanya.

"Daun ni adalah aku." Jawab Zinnirah pendek.

"Kenapa pula kau kata begitu? Aku tak faham." Balas Anis kebuntuan.

"Nak tahu ke kenapa aku jawab macam tu? Ok, sekarang kau perhatikan betul-betul daun ni. Sambil itu kau dengar jawapan aku ya?" Dia memberitahu kepada Anis.

"Ok." Anis mengangguk laju.

"Kau cuba bayangkan semasa kita masih kecil lagi. Masih mentah dengan ragam kehidupan di dunia yang penuh dengan pancaroba. Kita tidak tahu apa-apa masa tu. Pengalaman zero. Betul tak apa yang aku katakan?" Soal Zinnirah.

"Ya, betul apa yang kau katakan tu." Balas Anis cepat-cepat.

"Sama juga macam daun ni. Semakin terang warna hijaunya, semakin muda usia daun tu. Hijau itu menunjukkan hidup kita yang baru hendak bermula. Kau setuju dengan kata-kata aku, Anis?"

"Setuju." Jawab Anis.

"Jadi aku ibaratkan daun hijau ni sebagai diri aku. Muda dan mentah dalam menghadapi hidup yang penuh dengan onak dan duri. Sama juga macam kau, Anis."

Zinnirah menyambung lagi, "Sekarang kau lihat pula pada daun yang berwarna coklat ni. Dah tak berapa lawa dan nampak rapuh. Kalau kau lihat daun coklat di atas pokok, ia tunggu masa saja untuk gugur ke tanah. Berbeza betul dengan daun hijau tadi. Segar dan mencantikkan pokok itu sendiri."

"Semakin gelap warna coklat pada daun ni semakin tua usianya. Bila sampai waktunya, ia akan gugur ke tanah. Macam manusia juga. Lagi tinggi usia seseorang itu, semakin banyak pengalaman hidupnya. Kerana apa? Semuanya kerana ujian, cabaran, suka dan duka dalam kehidupannya mengajar dia erti kehidupan sebelum Allah menjemputnya kembali."

"Ooo... baru aku faham sekarang. Terima kasih, Ira." Ucap Anis tersenyum manis. Terdapat riak kelegaan di wajahnya yang cerah itu.

"Sama-sama. Satu lagi aku nak tambah, semuanya terpulang kepada kita untuk mencorakkan hidup kita. Tepuk dada, tanya selera. Aku hendak kongsikan satu hadis yang aku baca semalam.

Abu Darda' R.A meriwayatkan daripada Nabi S.A.W sabdanya: 'Pada hari kiamat kelak, tiada satu perkara pun pada timbangan amal orang Mukmin yang lebih berat daripada akhlak yang mulia (khuluqin hasan)' - Riwayat at-Tirmidhi dan Beliau mensahihkannya.

"Jadi, kita kenalah hiaskan diri dan hidup kita dengan akhlak-akhlak mulia seperti tabah, berfikiran positif dan sabar. Jangan mudah putus asa apabila menghadapi sesuatu ujian. Memang, kadang-kala kita rasa begitu lemah dan tidak mampu menanggung beban itu tapi kau kena ingat Anis, Allah sentiasa bersama-sama dengan hamba-Nya yang sabar."

Zinnirah menambah lagi. "Jangan lagi kau ada fikiran negatif macam tadi. Berdosa sebab kau meragu-ragukan takdir Allah."

"Ambil iktibar dari kejadian daun. Macam-macam kita boleh pelajari dari setiap ciptaan Allah kalau kita memahami apa yang tersirat dari kejadiannya. Letakkan pergantungan yang tinggi terhadap-Nya." Dia menambah lagi.

"Maafkan aku, Ira. Aku lalai. Aku lupa pada janji-janji Allah. Bisikan Syaitan lebih menguasai jiwa aku berbanding dengan kata-kata Allah. Terima kasih Ira, kerana mengingati diri aku yang mula alpa. Kau sememangnya sahabat aku dunia dan Akhirat." Kata Anis. Titik-titik mutiara mula terbentuk di tubir matanya itu. Zinnirah meraih jari-jemari Anis dengan segera lalu digenggam erat.

"Sekalah air mata kau itu. Cukuplah kau sudah sedar dengan khilaf kau. Aku sekadar menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang sahabat dan seorang Muslim. Kita ni hamba yang lemah dan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Jadikan apa yang kita lalui sebagai pedoman dalam hidup ya, Anis. Jangan bersedih lagi. Senyumlah sikit. Kau nampak comel bila tersenyum. Bila masam, macam mak nenek tau." Ujar Zinnirah dengan nada sedikit mengusik temannya itu.

"Baiklah. Aku senyum sekarang. Apa lagi, ambillah gambar aku sekarang. Aku kan comel. Allah mencipta aku comel tau." Seloroh Anis sambil mengesat air matanya.

"Eh, kau ni. Riak la pula. Pantang kena puji." Ketawa Zinnirah mendengar jawapan Anis. Terasa lucu dengan perangainya.

"Terima kasih sekali lagi. Bolehlah kau jadi ustazah lepas ni." Kata Anis.

"Hendak memberi nasihat tak semestinya mesti ada 'title' ustazah. Sesiapa pun boleh bagi nasihat kerana kita mesti saling ingat-mengingati antara satu sama lain." Kata Zinnirah dengan penuh makna.

"Jomlah kita pulang. Hari semakin gelap. Tak elok anak dara keluar lama-lama."

Dua teman baik itu tersenyum dan mereka mula membuka langkah untuk pulang. Masing-masing memanjat kesyukuran terhadap Ilahi.

*iloveislam*

Thursday, August 25, 2011

always pray.

Allah yang Maha Pemurah.. terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan ku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat yang indah yang boleh kami nikmati bersama,
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama,
Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu,
Aku datang bersujud di hadapan-Mu,
Sucikan hatiku Ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya,
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan usirlah dia dari relung hatiku,
Gantikan damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah agar aku dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku, Ya Allah..
Tolonglah satukan hati kami,
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerimanya seutuhnya,
Berikanku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana aku telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan dukaku dengannya.

Ya Allah yang Maha Pengasih, dengarlah doaku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu

Allah yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Pergumulan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju terang-Mu.
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang jadi dalam setiap bagian hidupku, Ya Allah..
Amin..

*from a nice blog.:)

Monday, August 22, 2011

Alhamdulilah

‎"A strong believer is better and more loved by Allah Almighty than a weak believer

, although both bear goodness. Thus, seek eagerly what benefits you the most and

seek Allah's help. Do not show weakness in your struggle and if something bad

happens to you, do not say "if I had done so and so, then such and such would not

have happened", but say "it was my destiny and Allah has allowed what He wished"

, because the word 'if' in this context would open the door for Satan to work on you."

(Muslim)

kumbang dan bunga

Wahai Sang Kumbang...
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan,
Kau diberi peluang memeliharanya dengan kudrat tangan,
Kau diberi mandat membetulkan lenggokan bunga-bunga yang harum di taman,
Harus kau ingat amanah ini bukan mainan mahupun satu kebanggaan.

Wahai Sang Kumbang...
Tatkala Kau bertaut pada bungaan yang berduri,
Janganlah sesekali Kau kasari dengan kerakusan hati,
Kerana baginya itulah satu-satunya perisai diri,
Sebaiknya Kau belailah ia dengan kasih sayang dan rasa takwa kepada Ilahi.

Wahai Sang Kumbang...
Janganlah sesekali Kau meleraikan kelopak bunga yang sedang berkembang,
Janganlah sesekali Kau mencemarkan bunga-bunga yang indah dipandang,
Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan,
Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang yang cacat dan menjengkelkan.

Wahai Sang Kumbang...
Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi,
Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini,
Ingatlah bunga-bunga ini bukan untuk santapanmu yang bernafsu berahi,
Tetapi bunga-bunga ini amanah kepadamu untuk kau hayati dan hargai.

Wahai Sang Kumbang...
Kau bebas terbang dan bertaut di Bunga yang kau dambakan,
Namun, perlu Kau ingat bukanlah nafsu yang harus menjadi ukuran,
Cukuplah sekadar apa yang kau mampu untuk hadamkan,
Semarakkanlah ia dengan baja-bajaan yang diamanahkan.

Wahai Sang Kumbang...
Janganlah dirimu terbang menghisap madu dan berlalu pergi,
Usah bebankan hati Bunga yang tidak mampu terbang tinggi,
Setialah di situ dan didiklah ia dengan kasih yang suci,
Semoga Kau bisa menjadi Kumbang yang sentiasa dirahmati.

*iluvislam*

Sunday, August 21, 2011

EACH TEAR



There’s something that I want to say,
But I feel like don’t know how.
Still I just can’t hold it one more day,
So I think I let it out.

You’re on my mind more than I may sure
You’re in my heart more than you may know
And the last thing that I want,
Is to you to fall apart.
To you I will be clearer,
I want you to remember.

In each tear
there’s a lesson, (there’s a lesson)
Make you wiser than before ( wiser)
Makes you stronger than you know (stronger)
In each tear (each tear)
Bring you closer to your dreams
No mistake, no heartbreak
Can take away what your meant to be

We can’t change the things,
That we done that’s in the past.
But fighting won’t get us anyway.
So if you want, Here’s my hand
Every night there is one thing I do
I bow my head and pray for you (pray for you)
And the last thing that I want,
Is for you to fall apart
To you I will be clearer
I want you to remember

In each tear
there’s a lesson, (there’s a lesson)
Makes you wiser than before (wiser)
Makes you stronger than you know (stronger)
In each tear (each tear)
Bring you closer to your dreams
No mistake, no heartbreak
Can take away what your meant to be

Your much more than a struggle that you go trough
From nine till five I open things so let it go ??
You’ re not a victim, your more like a winner
And you’re not defeat you’ re more like a queen


In each tear
there’s a lesson,
Makes you wiser than before
Makes you stronger than you know (stronger than you know)
In each tear ( in each tear)
Bring you closer to your dreams
No mistake, no heartbreak
Can take away what your meant to be

In each tear (each tear)
there’s a lesson, (there’s a lesson)
Makes you wiser than before (wiser)
Makes you stronger than you know
In each tear ( Make you so much broke )
Bring you closer to your dreams
No mistake, no heartbreak
Can take away what your meant to be

No no we can’t be held out
No no oh noo I I I can’t held out
You you you can’t be held out
We we we can’t be held out

Love
It makes you so much stronger (stronger)
It makes you so much wiser (wiser)
In each tear (in each tear)
And You so close to your dreams and no dreams
No mistake, no heartbreak can’t take away you’re meant to be

*MARY J BLIGE FT. JAY SEAN*

nak dgr cari sndri kt utube ye..hikhik..:)

Saturday, August 20, 2011

jumaat



im having fun with my aunty jumaat lepas...tq ciksu..u the best...*mentang2 dh dpt hadiah...hehee...even smpai bengkak2 tangan sebab xpandai main boling...tp sy sukaa...nak main lagi!hehe...tq again for the soul present.hehe..love you!




*comel kan??? hadiah untuk jiwa katanyee...heee....alya tenyum cantikk~:)

senyum itu mengubat duka

kenapa kita tidak tersenyum?dan membiarkan luka kegagalan menjadi ukuran dan mghantui kita sepnjang masa..mengapa kita terlalu asyik dengan derita? mengapa terus mengisi kekecewaan?

kerana senyuman itu akan mewarnai kehidupan dan kegelapan jiawa kita hingga kita akan melihat kehidupan ini dengan semangat dan keazaman yang baru...senyuman yg terukir itu melembutkan jiwa mata mata yang memandang...

bukankah mereka yang berjaya itu pernah gagal namun kerana mereka terlalu sibuk memanjangkan tangisan dan keluhan jiwa mereka lalu mereka pun ada banyak masa untuk melakar harapan mereka semula....

bukankah mereka yang tersenyum bahagia itupun pernah tersungkur hina namun kerana jiwa mereka kuat lalu mereka menjadikan keinsafan sebagai anak tangga untuk mereka hampir kepada Allah swt.

kita berhak menangis dan tetapi kita perlu tahu ketika mana dan untuk siapa tangisan itu..bukankah jiwa ini ada Pemiliknya...jadi ketika jiwa kita lemah mengadulah padaNya maka Dia akan berikan kita suatu kekuatan baru kerana Kekuatan itu milikNya..

ketika kita kecewa maka sandarkan harapan kita padaNya kerana dialah tempat kita tujukan harapan kita...cuma kadang-kadang kita lupa diri kita siapa lalu kita meminta kekuatan pada manusia yang juga lemah lalu kita semakin lemah, kita sandarkan harapan pada bukan tempatnya maka kitapun kecewa.

*dicopy dr blog kegemaranku.

cinta

CINTA..
Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku,
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUi-Mu..
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGan-Mu..
Andai saja kau JAUH dari diriku,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku..
Andai saja kau HILANG dariku..
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!

Cinta..
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihat-Mu..
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan..
Biar harta dan jasad terkorban..
Kerana cinta ini yang ku damba!

Cinta..
Menyebut nama-Mu takkan pernah jemu..
Mengingatimu takkan pernah lupa..
Memujimu takkan pernah rapuh..
Janji-Mu sentiasa teguh..
Cinta sehidup dan selepas mati..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu!
Aku hidup kerana cinta itu!
AKu mati kerana cinta itu!

Cukup bagiku cinta-Mu..
Itulah pelindung yang memeliharaku..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku..
Itulah kebahagiaan yang menyinariku..

Engkau yang selalu ada..
Engkau yang sentiasa bersama..
Saat suka dan duka..
Aku cinta pada-Mu..
Aku cinta pada takdir-Mu..
Aku cinta pada jalan-Mu..

Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buat-Mu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingati-Mu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman pada-Mu..

*dicopy dr sumber rahsia.hikhik.:)

Friday, August 19, 2011

aku sedang dlm perjalanan

Ya Allah

Aku mohon, bersabarlah akan aku

Aku mohon, tetaplah bersamaku

Ya Allah

Aku ini manusia yang lemah hatinya

Aku ini manusia yang masih terumbang- ambing dalam arus

Ya Alllah

Jangan tinggalkan aku

Teruslah bersamaku, Ya Rabb

Terangi jalanku

Pandu jalanku bila aku salah arah

Tuntun aku kembali bila aku terlanjur hilang

Ya Allah

Terima kasih atas rakan dan teman yang soleh dan solehah

Yang sentiasa bersabar berjalan bersamaku

Yang sentiasa mengingatkan aku akan panas api neraka

Dan Indahnya syurga yang Kau janjikan.

Ya Allah …

Bersabarlah kan aku, maafkan ketelanjuran dan kesalahan aku

Entah seberapa jauh lagi perjalanan ku . .

Namun bersabarlah akan aku, Ya Rabb

Aku sedang dalam perjalanan menuju syurgaMu..



*akuislam.com*